Wednesday, November 3, 2010

CARA-CARA UNTUK MENGAWAL PENYAKIT H1N1 DLM KLANGAN RAKYAT MALAYSIA



PADA ZAMAN SEKARANG, TERDAPAT PELBAGAI JENIS PENYAKIT DI DUNIA YANG BERTAPAK DI BUMI. PENYAKIT INI AKAN BERANSUR KURANG APABILA PARA SAINTIS BERJAYA MENEMUI PENAWAR TERSEBUT. CONTOH PENYAKIT YANG BERBAHAYA IALAH PENYAKIT INFLUENZA A ATAUPUN LEBIH DIKENALI SEBAGAI H1N1 SEMAKIN MENULAR DI SELURUH DUNIA. PENYAKIT INI TIDAK MENGENAL ERTI SAMA ADA NEGARA ITU KECIL, BESAR, MISKIN MAHUPUN KAYA SEMASA WABAK TERSEBUT MEREBAK. INFLUENZA A INI BERMULA DI MEXICO HINGGA MENYEBABKAN RAKYAT MEXICO MENDERITA DAN INI BERLARUTAN SEHINGGA MENYERANG BEBERAPA NEGARA DI SELURUH DUNIA HINGGA MENIMBULKAN HURU HARA. NEGARA KITA JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA JANGKITAN TERSEBUT YANG BERPUNCA DARIPADA RAKYAT KITA YANG MEMBAWA WABAK TERSEBUT KETIKA BARU BALIK DARI MEXICO. OLEH ITU KERAJAAN TELAH MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGAWAL GEJALA INI DENGAN MERANCANG LANGKAH-LANGKAH YANG PROAKTIF.

ANTARA LANGKAH-LANGKAH PROAKTIF YANG DILAKUKAN IALAH KERAJAAN MENGAWAL KEMASUKAN PELANCONG ASING TERUTAMA DARI NEGARA YANG TERKENA WABAK INI DENGAN TUJUAN MENGURANGKAN PENULARAN WABAK TERSEBUT YANG DIBAWA OLEH PELANCONG ASING. KERAJAAN JUGA TELAH MENYURUH TENTERA ATAU SPRM MENGAWAL PINTU MASUK NEGARA DENGAN KETAT SUPAYA PENDATANG TANPA IZIN TIDAK BERPELUANG MENYEBARKAN WABAK TERSEBUT. BANYAK PERALATAN YANG CANGGIH TELAH DIBELI DARI LUAR NEGARA UNTUK MENGESAN PEMBAWA PENYAKIT TERSEBUT. PERALATAN YANG CANGGIH AKAN DIGUNAKAN DI LAPANGAN TERBANG SERTA KAWASAN YANG BERISIKO.

RAKYAT MALAYSIA SAMA SEKALI DILARANG PERGI KE LUAR NEGARA SEPERTI MELANCONG KE NEGARA YANG DISERANG WABAK INFLUENZA A. JIKA RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI URUSAN PENTING DI LUAR NEGARA ATAUPUN BERKAITAN PEKERJAAN, MEREKA AKAN DIBERIKAN SUNTIKAN IMUNISASI UNTUK KETAHANAN TUBUH MEREKA SEBELUM BERANGKAT KELUAR. SISTEM KUARANTIN KHAS UNTUK RAKYAT YANG BARU BALIK DARI LUAR NEGARA TELAH DIWUJUDKAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT TERSEBUT DARIPADA MEREBAK DALAM NEGARA.

MENGIKUT KAJIAN, RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENDAPAT JANGKITAN PENYAKIT. LANTARAN ITU, KEMENTERIAN KESIHATAN TELAH MENAMBAH KAKITANGAN PERUBATAN DI HOSPITAL DAN KLINIK AGAR KERJA BERTAMBAH LANCAR DAN MUTU HOSPITAL DAN KLINIK AKAN MENINGKAT. DI SAMPING ITU PIHAK PENGURUSAN HOSPITAL DAN KLINIK TELAH MELANTIK KAKITANGAN SEMENTARA UNTUK BERTUGAS SEKIRANYA BERLAKU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI ATAUPUN KECEMASAN. PAKAR-PAKAR PERUBATAN SEPERTI SAINTIS TELAH DILANTIK UNTUK MEMBUAT KAJIAN UNTUK MENGHASILKAN VAKSIN YANG DAPAT MENGHALANG DARIPADA MEREBAK SERTA MENGHASILKAN PENAWAR UNTUK MENGHAPUSKAN WABAK TERSEBUT. PIHAK HOSPITAL ATAUPUN KLINIK MESTILAH BERSEDIA DENGAN BEKALAN UBAT YANG MENCUKUPI ATAUPUN LEBIH DARIPADA MENCUKUPI UNTUK MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN SEPERTI PEPERANGAN, BENCANA ALAM MAHUPUN NEGARA YANG DIISTIHARKAN DARURAT.

RAKYAT MALAYSIA PERLU MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN SUPAYA TIDAK TERKENA WABAK PENYAKIT INFLUENZA A. INI AKAN MENYEBABKAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERPELUANG MENYEBARKAN WABAK TERSEBUT. SEKIRANYA MENGALAMI TANDA-TANDA DIJANGKITI PENYAKIT SEGERALAH MENDAPATKAN RAWATAN DI PUSAT RAWATAN YANG BERDEKATAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENJADI TERUK SEHINGGA MEMBAWA KEMATIAN. SEKIRANYA ANDA BERASA KURANG SIHAT JANGANLAH PERGI KE TEMPAT AWAM SEPERTI TAMAN PERMAINAN, TANDAS AWAM, SEKOLAH SERTA PERPUSTAKAAN AWAM. INI UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA ORANG AWAM TERKENA JANGKITAN PENYAKIT TERSEBUT.

PIHAK BERKUASA PERLULAH MENGAWASI LADANG –LADANG TERNAKAN KHINZIR YANG MENJADI PUNCA PENULARAN PENYAKIT YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH ORANG KAFIR LEBIH-LEBIH LAGI ORANG CINA KERANA MEREKA DIDAPATI MELANGGAR PERATURAN. OLEH ITU, PELADANG-PELADANG TERSEBUT PERLULAH DIBERIKAN DIDIKAN UNTUK MEMASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN LADANG BERADA PADA TAHAP YANG TERBAIK UNTUK MENGURANGKAN WABAK TERSEBUT MEREBAK.

KESIMPULANNYA SEMUA PIHAK PERLU BEKERJASAMA MENGATASI MASALAH INI SEPERTI PIHAK KERAJAAN DENGAN RAKYATNYA ATAUPUN PEMILIK LADANG TERNAKAN KHINZIR DENGAN PIHAK MAJLIS DAERAH. PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB AKAN MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA HIDUP DENGAN SELESA. JIKALAU MEREKA INI TIDAK BEKERJAAMA PASTI RAKYAT MALAYSIA AKAN MENDERITA AKIBAT PENYAKIT BERBAHAYA.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment