Tuesday, December 13, 2011

LANGKAH MENGATASI KESESAKAN JALAN RAYA


Kesesakan jalan raya mengundang pelbagai masalah

Kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama berpunca daripada sikap pemandu dan tiada kemudahan infrastruktur yang membebankan orang ramai.

Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menangani kesesakan jalan raya dengan menaikkan cukai import yang hanya boleh dilakukan pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Perhubungan Jalan Raya (JPJ). Tujuannya adalah untuk menurunkan minat membeli kereta persendirian.

Kerajaan mestilah memperketatkan ujian memandu untuk menangani kesesakan jalan raya. Pengusaha pengangkutan awam mestilah meningkatkan mutu pengangkutan awam khas untuk orang yang sudah bekerja ataupun yang masih belajar.

Sikap pemandu yang cuai, leka dan alpa boleh diatasi jika pemandu mengubahkan sikapnya menjadi pemandu yang berhemah tinggi dan bertolak ansur. Pemandu disarankan agar berhati-hati ketika memandu dan cuba elakkan daripada kemalangan kerana kemalangan juga punca kesesakan jalan raya. Kerajaan mestilah menambahkan kemudahan infrastruktur serta menaik taraf jalan bandar dan kenderaan.

Pengguna kereta persendirian digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas awam, keretapi, monorel dan teksi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Bagi para pemandu yang sudah bekerja tidak digalakkan balik pada waktu puncak kerana waktu puncaklah yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Pengguna jalan raya mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi lampu isyarat dan mematuhi papan tanda yang telah ditetapkan seperti kurangkan kelajuan. Kerajaan mestilah mengenal pasti pengguna kenderaan yang tidak mempunyai lesen kenderaan.

Akhir kata pengguna jalan raya mestilah mempunyai nilai yang positif seperti bertolak ansur dan kerajaan juga memainkan peranan yang tinggi untuk mengatasi kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment